Monday, 24 November 2014

Cheesekut super simple


Here resepi cheesekut super simple...

Bahan2 yg diperlukan :

1. Pheladephia cream cheese  250 g
(Untuk 1 bekas mcm dlm gambar ni, hanya perlukan 1/2  cream cheese tu je )

2.  Biskut 4 segi jenama Hup Seng - dalam 6 keping je saya guna

3. Biskut orea - 2 keping je saya guna

4. Susu pekat - 5 sudu (bleh up smpai 6-7 ikut kemanisan yg diinginkan)

5. Susu segar ( perlukan sedikit je untuk celup biskut)




Cara2

1. Pukul cream cheese & susu pekat smpai kembang - bleh guna hand mixer.

2. Celup biskut dalam susu segar dan susun dalam bekas. Saya patah2kan comel2 & susun. Xpatahkan pun xpe..

3. Sapu cream cheese yg telah di pukul ke atas lapisan biskut tadi sehingga menutupi permukaan biskut tu

4. Taburkan biskut orea yang telah dihancurkan ke atas lapisan cream cheese

5. Ulangi langkah 2-4 beberapa kali (Saya buat 2 lapis je)

6. Lepas dah siap, masuk peti sejuk selama 3-4 jam sebelum makan ye..



Selamat mencuba ....

Tuesday, 11 November 2014

Puding Roti Simple

Bahan2

4 keping roti 
1/2 tin susu sejat
2 biji telur
3 sudu gula kastor
2 penutup esen vanilla
Choc rice atau raisin


Cara2

1. Carikkan roti kecil2 dan susun dalam loyang
2. Pukul telur, susu sejat, gula kastor dan esen vanilla dalam bekas berasingan & tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi
3. Tekan roti dalam loyang tadi supaya roti terendam sepenuhnya
4.  Taburkan choc rice/ raisin 
5. Kukus 20-30 minit

Siap!!




Boleh makan dengan sos kastard atau chocolate syrup..sgt nyummy!!

Makan panas2 atau sejukkan dalam peti sejuk dulu pun boleh..

Thursday, 6 November 2014

Bendi is Okra

Sejak kebelakangan ni suka makan bendi plak..padahal sebelum ni xpernah mkn pun huhu...

Untuk sapa yang suka makan bendi, bendi banyak khasiatnya tau!!


Bendi atau nama lain Okra aka Lady Finger




Ada terbaca blog ni tentang kebaikan bendi :

http://juicing-for-health.com/

Banyak crita pasal kebaikan bendi.

Antaranya :

1. Mengelakkan Anemia
2. Anti-cancer
3. Kurangkan Asthma
4. Kuatkan tulang
5.  Mengurangkan kolesterol
6. Mengelakkan sembelit
7. Elakkan diabetes
8. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
9. Meningkatkan sistem imun
10. Meningkatkan kesihatan kulit

Jom Makan Bendi!!

Friday, 17 October 2014

Logo Baru Forsale.com

Logo Baru forsale & Header Baru Blog

18 Oktober 2014




3 Senaman Ringkas di Tempat Kerja

Sebenarnya senaman boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk..

3 senaman berikut boleh dilakukan ketika anda di pejabat ketika anda berehat sebentar dari bekerja..
Sesuai untuk mereka yang duduk atau berdiri terlalu lama sepanjang office hours..

Senaman 1


Cantumkan tangan anda, angkat ke atas, ke kiri dan ke kanan masing2 dengan kiraan 5..
Buat betul2 sehingga anda rasa otot rasa lega  - stretching


Senaman 2 


Berdiri tegak, tangan di sisi, angkat sebelah kaki seperti gambar kemudian turunkan ke kedudukan asal..lakukan dalam kiraan 5.ulangan dengan kaki lagi sebelah..buat beberapa set..



 Senaman 3


Berdiri di belakang kerusi (atau pegang pada apa2 objek yg tidak mudah bergerak) & angkat kaki ke belakang. Lakukan naik turun kaki 5 kali, diulangi dengan kaki lagi sebelah sebanyak beberapa set.

Selamat bersenam ..!!


Monday, 13 October 2014

Spagetti Spicy Chicken Meatball Simple

Resepi ni baru buat semalam...

Asalnya rasa nak makan spagetti tp prego xdak..ada cili giling jer...

So try la tumis cili giling tu dalam kuali..

Kacau2 atas api slow, nmpk mcm xpekat lak kuahnya..

Nak letak tepung jagung..xde stock plak kt umah..

Ada serbuk sup cendawan jerr...

So campakkan je serbuk vono sup cendawan tu dalam kuali..

Add on chicken meatball yg dah direbus & tomato kecil2

Nyummy jgk hasilnya..taraa....!!



Ok finalize resepi :


Untuk spagetti & chicken meatball:

1. Rebuskan sekali dua2 tu..
2. utk spagetti - ikut arahan pada paket



Bahan2 spicy sauce utk spagetti:

1. Chicken Meatball (sebanyak yg mahu..)
2. Tomato (kecil or besar xkisah)
3. Cili giling (paket kecil)
4. Serbuk Mushroon Soup Vono (1 paket)
5. Air rebusan spagetti (2-3 cawan)
6. 1 ulas bwg putih & 1 ulas bwg merah (optional jer sbb cili giling tu dh lengkap)
7. 2 sudu minyak jagung



Cara :

1. Tumis bwn putih & bwg merah guna minyak jagung
2. Masukkan cili giling & air
3. Masukkan serbuk Mushroom Soup
4. Masukkan Chicken Meatbal yg telah direbus..
5. Biar smpai mendidih - adjust kepekatan dgn air rebusan td
6. Tutup api & masukkan tomato & kacau2



Cadangan hidangan :

**Letak spagetti dalam pinggan & koyakkan slice cheese & susun atas spagetti sebelum tuangkan sos yg tengah panas.. cheese akan melt & bertambah sedap uoolsss..

Selamat mencuba!!



Sunday, 12 October 2014

Kek Coklat Kukus Simple & Lembut

Stelah try test resepi2 kek coklat kukus, ini ialah yang paling simple & menghasilkan kek coklat yg lembut dan sedap..hehe..try tgk xcaya ..


Bahan2

1. Tepung gandum (1 cwn)
2. Minyak jagung (1 cwn)
3. Susu pekat (1 cwn)
4. Gula (1 cwn)
5. Baking powder ( 1 sudu besar )
6. Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
7. Telur (2 biji)
8. Air (1 cwn)
9. Serbuk coklat ( 1 cwn ) - kalau nk kasi rasa coklat lebih, bleh buh byk skit..

* 1 cwn = saya pakai cawan yang ada sukatan (100 ml)
** serbuk coklat pilihan = van houtan da best!!


Cara :
1. Masukkan air, gula, minyak, susu pekat ke dalam kuali & panaskan..guna api slow jek..sekadar nk panaskan skit2 kasi sebati..

2. Lepas smua nmpak sebati, tutup api..biar kejap

3. Pukul telur - pukul skit2 je xyah semangat sgt..haha & masuk telur dalam sebatian tadi - utk mengelakkan basuh bekas byk2..campur je dalam kuali tu & kacau2 smpai sebati

4. Lepas tu bleh la ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder - pstt..kalau xnk ayak pun ade masalah..kih3

5. Masukkan tepung ke dalam sebatian tadi - kacau btui2 xnk tepung tu berketul (sgt)..yang ni kena kacau dgn bersemangat skit nnti berketul2 plak kek tu..

6. Dah puas kacau, pegi panaskan air kukusan, pastikan air tu mendidih dulu sebelum letak kek..

7. Sementara tunggu air mendidih, prepare loyang dulu - lapik loyang dengan kertas minyak ( potong kertas minyak mengikut bentuk loyang & lapik bahagian bawah je jgn dok rajin lapik 1 loyang tu (aku pernah terbuat sbenarnya hehe..)

8. Tuang sebatian dalam loyang dengan penuh keyakinan - oo ya..akan nmpk sebatian tu berbuih2 skit..jgn risau sebab td kan sebatian kita tu suam2 lagi masa masukkan tepung & baking powder & soda td - so akan ada buih skit la.. CO2 terhasil..

9. Tutup loyang dengan aluminium foil ketat2 - supaya kek rata (dulu aku xtutup kek jadi kedut2 cm ape tah.huhu)

10. Selesai sediakan sebatian dalam loyang td, ngam2 air dh mendidih - so letak je loyang atas kukusan & tutup kukusan td..

11. Set masa - 1 jam 10 minit 

12. Dah cukup timing, bleh tutup api - keluarkan loyang dari kukusan tapi jgn buka aluminium foil dulu - biar kejap dlm 10 minit baru buka...

13. Kalau kek tu menjadi, biar kejap sampai suam2 dah boleh ketuk keluar dari loyang dengan mudah..yeah!! otherwise bleh la nk letak peti sejuk dulu ke pe ke..bru terbalikkan pun ikut suka la..


14. Untuk sos coklat - just panaskan sedikit serbuk coklat, 1 sudu susu cair, 1 sudu minyak jagung, & air dalam 2 sudu (air adjust je ikut kepekatan masing2..bleh tgk sndiri yg ni )

Tara..dah siap!!!!



 Minum petang dengan CInch Tea MIx ni mmg The Best!!



WhatsApp 012-4289835 

Tuesday, 7 October 2014

Kira Keperluan Kalori Harian Anda

Link di bawah adalah kalkulator untuk mengira kalori secara spesifik mengikut umur, ketinggian, berat, jantina dan aktiviti harian.


Bila dah tahu keperluan kalori, bolehlah kita sentiasa mengawasi pemakanan harian supaya tidak melebihi kalori harian (kalau lebih maknanya akan disimpan sebagai lemak..oo.ooo)

Selamat mengira!!

Monday, 22 September 2014

Minum Air Banyak boleh Gemuk Air Ke?

Semua mesti pernah dengar nasihat2 kesihatan supaya kita minum air 8 gelas sehari atau 2 -3 liter sehari.
Macam saya yang ambik supplemen tambahan disyorkan minum 3 liter air sehari.
Saya sentiasa berpesan kepada customer2 saya supaya mereka minum air 3 liter sehari untuk badan kita mendapat air yang cukup disamping memaksimumkan supplemen yang diambil.

3 liter sehari? Banyaknya kena minum.. 
Nanti gemuk air pulak minum air banyak..

Ek? Sebenarnya mcm ni........... 

Gemuk air

Gemuk air tu sebenarnya ' water retention'. 
Salah satu sebab berlaku water retention adalah disebabkan kandungan garam yang tinggi dalam makanan kita ambil seharian.

Jangan terkejut kalau saya kata :

'GEMUK AIR BERLAKU KERANA ANDA KURANG MINUM AIR'. 

Konsepnya, bila seseorang kurang minum air dan air sentiasa xcukup dalam badan, maka otak kita akan memberi isyarat kepada badan untuk menyimpan stok air dalam sel2 badan siap2 utk kegunaan ketika emergency. 

Selain garam, makanan berkarbohidrat juga cederung menyimpan air..jadi kena kurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi dan lain2.. opss..jangan tak makan nasi pulak...

Nak tentukan anda gemuk air atau gemuk lemak, sila test bawah lengan anda..kalau cm keras skit tu lemak, otherwise kalau pejal tapi lembut je tu air..

Gemuk air ni menyebabkan berat badan menjadi yoyo..kejap naik kejap turun..

So untuk mengurangkan gemuk air:

1) Sila minum air secukupnya - 3 liter per day atau lebih tepat lagi 

Berat badan (kg) / 24 = air yang diperlukan seharian (liter)

2) kurangkan makanan bergaram - kurangkan masam dan masin

3) sederhanakan pengambilan karbohidrat

4) senaman 2-3 kali seminggu (boleh try sweat suit - tp jangan smpai pengsan k..)


Cheers!!


Saturday, 20 September 2014

Tips Kurus Mudah Tanpa Senaman

Kalau dengar tips kurus tanpa senaman je mesti excited kan? Haha..maklumlah semua orang nak kurus selim melim tapi tak suka exercise - tak dak masa atau memang tak berapa nak rajin ...hehe..

Kurus =  kalori masuk < kalori keluar

Maksudnya, untuk dapatkan badan yang seimbang, anda perlu pastikan kalori (dari makanan) yang anda makan tu tidak melebihi tahap keperluan kalori anda seharian. 

Kalau lebih macam mana??

Kalau lebih, alamatnya anda kenalah buang lebihan kalori ( bakal menjadi lebihan lemak) yang tidak digunakan oleh badan.

Sebab tu la kena exercise..hehe

Tapi kalau tak nak exercise? Kena diet ke?

Ya..tapi kena faham dulu diet tu apa.. 
Diet bukan tidak makan okeyyy...

1) Jika seseorang itu diet, dia haruslah makan makanan seimbang. 

Dulu sekolah ada belajar piramid makanan kan?


2) Jika seseorang itu diet, bolehlah kurangkan kuantiti makanan atau bahagikan kepada bahagian2 kecil

Maksudnya kalau makan nasi penuh pinggan hari2, cuba kurangkan kepada 3/4 lepas tu 1/2 pinggan..kena slow2 kurangkan..bukan sekali gus kang pengsan plak tak makan nasi..huhu
Kalau lapar antara time makan tu, boleh makan snack yang sihat seperti yogurt, cereal bar, etc...

3) Kurangkan makanan berlemak. 

Makanan berlemak = gulai2 kegemaran, goreng2 semua berlemak tu..
Daging, ayam, ikan semua boleh makan cuma portion kena betul dan cara masak yang bebas lemak berlebihan seperti grill, rebus dan lain2.. bukan goreng2, gulai2 letak santan berpaket2 ye..kena paham tu..

Berikut adalah beberapa panduan untuk pengambilan makanan seimbang :

Separuh pinggan adalah sayur-sayuran,
1/4 adalah protein seperti daging, ayam, ikan
1/4 lagi adalah nasi 

Cara menyukat pengambilan makanan menggunakan tangan

Jangan gelojoh untuk turunkan berat badan sampai memudaratkan diri!!

Beri masa kepada badan anda untuk sesuaikan diri dengan portion makanan yang baru, ambil masa sikit, jangan suka kepada produk2 diet yang menurunkan berat badan dengan segera..bahaya tu..huhu


Kalau tak senaman macam mana nak buang kalori lebihan??

Selain senaman, ada banyak lagi aktviti yang membantu membuang kalori..
Pilihlah mengikut kesesuaian masing2: 

Antara yang recommended :
1) Naik turun tangga ( tak yah guna lif )
2) Kemas rumah
3) Shopping ( jalan2)
4) Park kereta jauh dari parking lot 
5) Berkebun
6) atau lain2 aktiviti yang memerlukan pergerakan badan..pasti dapat membakar kalori anda..

Boleh rujuk jadual kat bawah ni ye..malas nak list down..haha


I bet mesti ramai suka sleeping,eating, sitting je...huhu... -_- 

Tolong buat aktiviti yang boleh burn kalori more than 150 calori/hour okey...

Dan..

yang paling penting sekali, selalu dengar sekali, tapi selalu tidak diikut sekali adalah....


SILA MINUM AIR 8 GELAS SEHARI!!

Keperluan air minimum = 
Jumlah berat badan (kg) 
24 

* Untuk yang diet/mengambil supplemen tambahan haruslah ambil air more or less 3 liter per day


Ini sangat2 penting tapi sangat susah untuk dijadikan rutin..
Tips mudah nak minum air dengan cukup setiap hari boleh rujuk SINI...

Selamat mencuba :)


With love,

Wednesday, 17 September 2014

Like, Share & Win Contest

Pengumuman Penting!!

Untuk sesiapa yang tersinggah blog ni..

Skarang tengah ada Contest on FB Page forsale.com

Klik SINI untuk ke link Contest..

Langkah2nya mudah saja..

Just Like Page, Share2 skit kat wall masing2 or any other social media & tunggu nama anda diumumkan sebagai pemenang!!

Untuk Share terbanyak - Mystery Gift and Shopping Voucher RM 30



Untuk Lucky Liker - Shopping Voucher RM 20 and RM 10


Tunggu apa lagi? Jom la Join..!!

Tuesday, 16 September 2014

Nak Gemuk Taknak Kurus

Haha..kelakar dengan video ni.. Nak gemuk..tak nak kurus!!






Sapa nak gemuk? Meh sini cuba cara saya!!



Cubalah dua produk ni ye!!







1) Meal SHake

2) Vitamin B Complex




Saturday, 6 September 2014

Meal Shake

Salah satu produk Shaklee yang mendapat sambutan ramai

Meal Shakes

Supplemen dalam bentuk serbuk utk bancuh2..bukan seperti pil2 atau tablet yg selalu kita nampak

Kebanyakan yang ambil Mealshake ni untuk kanak2 yang kurang selera makan...atau yang kerap demam/ sakit dan juga untuk kanak2 yg ada ezcema..

Orang dewasa boleh minum ke?

Boleh sangat!!

Sebab Mealshake ni memang sesuai untuk sesiapa saja (umur 1 tahun ke atas) sebagai makanan tambahan

Jom tengok apa yang best tentang mealshake ni :

 rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak


 sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 

 sesuai untuk seisi keluarga

 Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga

 Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang  penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

 Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak

 Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan

 Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa

 Meningkatkan selera makan anak

 Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa

 Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"

 menangani masalah sembelit pada kanak-kanak




Cara Pengambilan Meal Shakes Shaklee

Dewasa
2 sudu besar Meal Shakes boleh campur dengan minuman lain. Tidak melebihi 3 sudu sehari.

Kanak-kanak (1-4 tahun) 
1 sudu kecil Meal Shakes boleh campur dalam susu atau minuman lain.

Kanak-kanak (4-6 tahun) 
1 sudu besar Meal Shakes boleh campur dalam susu atau minuman lain.

# kanak-kanak bawah 1 tahun tidak digalakkan ambil Mealshake


Cara Bancuh

Bancuh dengan air biasa/jus/minuman coklat/campur dalam susu formula anak, tidak boleh guna air panas kerana dikhuatiri akan merosakkan vitamin di dalamnya. 


Untuk pertanyaan lanjut, 
Untuk dapatkan Meal Shakes, 
Untuk bimbingan kesihatan percuma, 
Sila inbox saya di Facebook Page forsale.com

Sunday, 24 August 2014

Minum petang dengan Teh Peppermint Ginger Plus

Semalam dah buat kek..petang ni hujan pulak..soo masa untuk tea time...wee....

Kek dah ada...skarang kita prepare teh pulak...

Semestinya teh halia peppermint untuk buang angin dan membantu penghadaman...


Resepi Teh Halia Peppermint

Anda cuma perlu ada :

> Teh, 
> Air panas
> Sedikit gula / madu
> Peppermint Ginger Plus



Cara penyediaan : 
1. Bancuh teh macam biasa..a
2. Adjust kemanisan mengikut rasa 
3. Tambahkan sebiji Pepper Ginger Plus untuk 1 cawan teh..
Kalau bancuh dalam teko, masuk la 2-3 biji Peppermint Ginger Plus..

Kalau nak buang angin sambil nak bakar lemak, boleh try guna teh 
Cinch Energy Tea Mix ye..
lagi kaw!!


Taraa....ni menu saya untuk petang ni..lepas ni nak buat dgn Cinch Tea Mix pulak...yeayy!!





Selamat mencuba...

Saturday, 23 August 2014

Kek Coklat Cheese Kukus Simple

Sori la tiba2 selit resepi sebab skarang ni tengah mood rajin masuk dapur..hehe.

Resepi ni sangat simple dan dapur tak selerak..
bahan pun tak banyak..
bagus untuk yang hidup menyewa macam saya..
dan sesuai untuk tukang buat kek amatur yang 
baru nak berjinak2 dalam industri membuat kek ni ye..

Untuk kek coklat cheese ni kena prepare 2 bahagian bahan..

1) Bahan untuk kek coklat
    
     1/2 tepung kek coklat segera* (bekas kek saya kecil je..)
     1 biji telur
     80 ml minyak masak
     50 ml air 

    i) Campurkan aje semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati..
    ii) Bahagi adunan kepada 2 bahagian
    iii) Sila ke step seterusnya...

    * Nak senang punya pasal, saya pakai tepung kek coklat yg dah siap je..hehe..



2) Bahan untuk cheese kek

     250g philadephia cream cheese
     1 sudu besar gula
     1 biji telur
     1  sudu besar air
     1 sudu besar tepung gandum

     i) Campurkan cream cheese dan gula, gaul2 skit
     ii) Masukkan telur, air dan tepung gandum & gaul2kan sampai semua tu sebati..

Tips : Kedua2 adunan ni dia punya tahap kepekatan tu lebih kurang je ye..kalau yang kek coklat tu pekat kasi adjust air skit ye..


3) Cara memasak
    i) Sediakan kukusan ( isi air dalam periuk kukus tu, panaskan air tu sampai didih )
    ii) Sediakan loyang kek, lapik kertas minyak (kedai kek & pasaraya ada jual) &
tuangkan adunan kek coklat dalam loyang tadi & kukus dlm 15 minit.
    iii) Lepas 15 minit, masukkan adunan cheese kek tadi atas lapisan pertama tu & kukus lagi 15 minit.
    iv) Last kali, masukkan lebihan adunan kek coklat tadi sebagai lapisan ketiga ye..yg ni kukus la dlm 20              minit..
     
Habis je 20 minit terakhir tu, tutup api & sejukkan kek seketika (jangan terus masuk peti sejuk tau..).. Bila kek dah sejuk nnti nk masuk peti sejuk kasi chill baru potong k.. 


comot sebab potong sebelum masuk peti sejuk ..huhu  .ampun...

kalau masuk peti sejuk kasi chill dulu baru potong baru cantik ye..



Selamat mencuba ..... 

Lepas makan kek, kena telan itu Lecithin & Omega Guard ye kasi buang lemak hehe...

     

Dapatkan di Kedai forsale.com...

Thursday, 21 August 2014

Resepi Puding Caramel Sedap

Belek2 page buku resepi kt FB, jumpa this one..terus try buat..

Strukturnya cantik sebab ada letak roti..

Jom try!!

Cantik & sedap..



Bahan A

4 sudu besar gula
2 sudu besar air



Bahan B

1 tin susu sejat
3 biji telur
3 keping roti
1 sudu kecil esen vanila (hari tu lupa letak..hehe)


Step 1
Untuk membuat karamel,masukkan gula ke dalam loyang. Panaskan dgn api kecil sehingga bertukar warna. Yang ni ambil masa tak lama pun. Kena jaga2 jangan bagi terlalu hangit okey...Saya masukkan gula dan air skali baru panaskan atas api..lepas tu baru letak dalam bekas lain..dan kita ke next step...

Step 2
Carik roti menjadi kepingan kecil. Blender bersama kesemua bahan B yg lain.  Yang cukup senang. Campak je semua bahan B & roti yg dh dicarik2 dalam blender..ni pun sekejap je blend.

Step 3
Masukkan adunan yg telah di blend ke dalam loyang yang ada karamel tadi. Kukus sehingga masak. Lebih kurang 30 minit cmtu..

Sejukkan kat luar kejap..agak2 dah suam2 leh masuk peti sejuk..kasi sejuk baru sedap makan..nyum2


Tips tambahan: Nak cuci karamel yang melekat2 tu guna air panas ye...sebab karamel akan keras masa sejuk & cari masa panas ..hehe


Gambar tak sempat snap..dah habis baru teringat hehe...next time la ye hehe....

Thursday, 31 July 2014

Herb-Lax

Usus yang sihat sangat penting untuk badan manusia
Usus yang tidak sihat dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.





Usus yang sihat akan menyingkirkan najis yang sihat...




Herb-Lax merupakan supplement herba yang semulajadi dan bagus untuk membersihkan usus.



Manfaat Utama Herb-Lax Shaklee
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut.

Sumber-sumber herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax :
  • Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  • Licorice root - membantu proses detoksifikasi
  • Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  • Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
  • Culver’s root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa leaf - membersihkan usus, darah dan hati.
  • Senna leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
 Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax ?
  • Mereka yang pengamal tegar ubat tahan sakit
  • mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • dan kita yang ingin membersihkan usus.
Lain-lain manfaat :
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan


 Dapatkan Herb-Lax di Facebook Page forsale.com