Saturday, 20 September 2014

Tips Kurus Mudah Tanpa Senaman

Kalau dengar tips kurus tanpa senaman je mesti excited kan? Haha..maklumlah semua orang nak kurus selim melim tapi tak suka exercise - tak dak masa atau memang tak berapa nak rajin ...hehe..

Kurus =  kalori masuk < kalori keluar

Maksudnya, untuk dapatkan badan yang seimbang, anda perlu pastikan kalori (dari makanan) yang anda makan tu tidak melebihi tahap keperluan kalori anda seharian. 

Kalau lebih macam mana??

Kalau lebih, alamatnya anda kenalah buang lebihan kalori ( bakal menjadi lebihan lemak) yang tidak digunakan oleh badan.

Sebab tu la kena exercise..hehe

Tapi kalau tak nak exercise? Kena diet ke?

Ya..tapi kena faham dulu diet tu apa.. 
Diet bukan tidak makan okeyyy...

1) Jika seseorang itu diet, dia haruslah makan makanan seimbang. 

Dulu sekolah ada belajar piramid makanan kan?


2) Jika seseorang itu diet, bolehlah kurangkan kuantiti makanan atau bahagikan kepada bahagian2 kecil

Maksudnya kalau makan nasi penuh pinggan hari2, cuba kurangkan kepada 3/4 lepas tu 1/2 pinggan..kena slow2 kurangkan..bukan sekali gus kang pengsan plak tak makan nasi..huhu
Kalau lapar antara time makan tu, boleh makan snack yang sihat seperti yogurt, cereal bar, etc...

3) Kurangkan makanan berlemak. 

Makanan berlemak = gulai2 kegemaran, goreng2 semua berlemak tu..
Daging, ayam, ikan semua boleh makan cuma portion kena betul dan cara masak yang bebas lemak berlebihan seperti grill, rebus dan lain2.. bukan goreng2, gulai2 letak santan berpaket2 ye..kena paham tu..

Berikut adalah beberapa panduan untuk pengambilan makanan seimbang :

Separuh pinggan adalah sayur-sayuran,
1/4 adalah protein seperti daging, ayam, ikan
1/4 lagi adalah nasi 

Cara menyukat pengambilan makanan menggunakan tangan

Jangan gelojoh untuk turunkan berat badan sampai memudaratkan diri!!

Beri masa kepada badan anda untuk sesuaikan diri dengan portion makanan yang baru, ambil masa sikit, jangan suka kepada produk2 diet yang menurunkan berat badan dengan segera..bahaya tu..huhu


Kalau tak senaman macam mana nak buang kalori lebihan??

Selain senaman, ada banyak lagi aktviti yang membantu membuang kalori..
Pilihlah mengikut kesesuaian masing2: 

Antara yang recommended :
1) Naik turun tangga ( tak yah guna lif )
2) Kemas rumah
3) Shopping ( jalan2)
4) Park kereta jauh dari parking lot 
5) Berkebun
6) atau lain2 aktiviti yang memerlukan pergerakan badan..pasti dapat membakar kalori anda..

Boleh rujuk jadual kat bawah ni ye..malas nak list down..haha


I bet mesti ramai suka sleeping,eating, sitting je...huhu... -_- 

Tolong buat aktiviti yang boleh burn kalori more than 150 calori/hour okey...

Dan..

yang paling penting sekali, selalu dengar sekali, tapi selalu tidak diikut sekali adalah....


SILA MINUM AIR 8 GELAS SEHARI!!

Keperluan air minimum = 
Jumlah berat badan (kg) 
24 

* Untuk yang diet/mengambil supplemen tambahan haruslah ambil air more or less 3 liter per day


Ini sangat2 penting tapi sangat susah untuk dijadikan rutin..
Tips mudah nak minum air dengan cukup setiap hari boleh rujuk SINI...

Selamat mencuba :)


With love,

No comments:

Post a Comment