Sori la tiba2 selit resepi sebab skarang ni tengah mood rajin masuk dapur..hehe.
Resepi ni sangat simple dan dapur tak selerak..
bahan pun tak banyak..
bagus untuk yang hidup menyewa macam saya..
dan sesuai untuk tukang buat kek amatur yang
baru nak berjinak2 dalam industri membuat kek ni ye..
Untuk kek coklat cheese ni kena prepare 2 bahagian bahan..
1) Bahan untuk kek coklat
1/2 tepung kek coklat segera* (bekas kek saya kecil je..)
1 biji telur
80 ml minyak masak
50 ml air
i) Campurkan aje semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati..
ii) Bahagi adunan kepada 2 bahagian
iii) Sila ke step seterusnya...
* Nak senang punya pasal, saya pakai tepung kek coklat yg dah siap je..hehe..
2) Bahan untuk cheese kek
250g philadephia cream cheese
1 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
i) Campurkan cream cheese dan gula, gaul2 skit
ii) Masukkan telur, air dan tepung gandum & gaul2kan sampai semua tu sebati..
Tips : Kedua2 adunan ni dia punya tahap kepekatan tu lebih kurang je ye..kalau yang kek coklat tu pekat kasi adjust air skit ye..
3) Cara memasak
i) Sediakan kukusan ( isi air dalam periuk kukus tu, panaskan air tu sampai didih )
ii) Sediakan loyang kek, lapik kertas minyak (kedai kek & pasaraya ada jual) &
tuangkan adunan kek coklat dalam loyang tadi & kukus dlm 15 minit.
iii) Lepas 15 minit, masukkan adunan cheese kek tadi atas lapisan pertama tu & kukus lagi 15 minit.
iv) Last kali, masukkan lebihan adunan kek coklat tadi sebagai lapisan ketiga ye..yg ni kukus la dlm 20 minit..
Habis je 20 minit terakhir tu, tutup api & sejukkan kek seketika (jangan terus masuk peti sejuk tau..).. Bila kek dah sejuk nnti nk masuk peti sejuk kasi chill baru potong k..
comot sebab potong sebelum masuk peti sejuk ..huhu .ampun...
kalau masuk peti sejuk kasi chill dulu baru potong baru cantik ye..
Selamat mencuba .....
Lepas makan kek, kena telan itu Lecithin & Omega Guard ye kasi buang lemak hehe...