Monday, 24 November 2014

Cheesekut super simple


Here resepi cheesekut super simple...

Bahan2 yg diperlukan :

1. Pheladephia cream cheese  250 g
(Untuk 1 bekas mcm dlm gambar ni, hanya perlukan 1/2  cream cheese tu je )

2.  Biskut 4 segi jenama Hup Seng - dalam 6 keping je saya guna

3. Biskut orea - 2 keping je saya guna

4. Susu pekat - 5 sudu (bleh up smpai 6-7 ikut kemanisan yg diinginkan)

5. Susu segar ( perlukan sedikit je untuk celup biskut)




Cara2

1. Pukul cream cheese & susu pekat smpai kembang - bleh guna hand mixer.

2. Celup biskut dalam susu segar dan susun dalam bekas. Saya patah2kan comel2 & susun. Xpatahkan pun xpe..

3. Sapu cream cheese yg telah di pukul ke atas lapisan biskut tadi sehingga menutupi permukaan biskut tu

4. Taburkan biskut orea yang telah dihancurkan ke atas lapisan cream cheese

5. Ulangi langkah 2-4 beberapa kali (Saya buat 2 lapis je)

6. Lepas dah siap, masuk peti sejuk selama 3-4 jam sebelum makan ye..



Selamat mencuba ....

Tuesday, 11 November 2014

Puding Roti Simple

Bahan2

4 keping roti 
1/2 tin susu sejat
2 biji telur
3 sudu gula kastor
2 penutup esen vanilla
Choc rice atau raisin


Cara2

1. Carikkan roti kecil2 dan susun dalam loyang
2. Pukul telur, susu sejat, gula kastor dan esen vanilla dalam bekas berasingan & tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi
3. Tekan roti dalam loyang tadi supaya roti terendam sepenuhnya
4.  Taburkan choc rice/ raisin 
5. Kukus 20-30 minit

Siap!!




Boleh makan dengan sos kastard atau chocolate syrup..sgt nyummy!!

Makan panas2 atau sejukkan dalam peti sejuk dulu pun boleh..

Thursday, 6 November 2014

Bendi is Okra

Sejak kebelakangan ni suka makan bendi plak..padahal sebelum ni xpernah mkn pun huhu...

Untuk sapa yang suka makan bendi, bendi banyak khasiatnya tau!!


Bendi atau nama lain Okra aka Lady Finger




Ada terbaca blog ni tentang kebaikan bendi :

http://juicing-for-health.com/

Banyak crita pasal kebaikan bendi.

Antaranya :

1. Mengelakkan Anemia
2. Anti-cancer
3. Kurangkan Asthma
4. Kuatkan tulang
5.  Mengurangkan kolesterol
6. Mengelakkan sembelit
7. Elakkan diabetes
8. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
9. Meningkatkan sistem imun
10. Meningkatkan kesihatan kulit

Jom Makan Bendi!!

Friday, 17 October 2014

Logo Baru Forsale.com

Logo Baru forsale & Header Baru Blog

18 Oktober 2014




3 Senaman Ringkas di Tempat Kerja

Sebenarnya senaman boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk..

3 senaman berikut boleh dilakukan ketika anda di pejabat ketika anda berehat sebentar dari bekerja..
Sesuai untuk mereka yang duduk atau berdiri terlalu lama sepanjang office hours..

Senaman 1


Cantumkan tangan anda, angkat ke atas, ke kiri dan ke kanan masing2 dengan kiraan 5..
Buat betul2 sehingga anda rasa otot rasa lega  - stretching


Senaman 2 


Berdiri tegak, tangan di sisi, angkat sebelah kaki seperti gambar kemudian turunkan ke kedudukan asal..lakukan dalam kiraan 5.ulangan dengan kaki lagi sebelah..buat beberapa set..



 Senaman 3


Berdiri di belakang kerusi (atau pegang pada apa2 objek yg tidak mudah bergerak) & angkat kaki ke belakang. Lakukan naik turun kaki 5 kali, diulangi dengan kaki lagi sebelah sebanyak beberapa set.

Selamat bersenam ..!!


Monday, 13 October 2014

Spagetti Spicy Chicken Meatball Simple

Resepi ni baru buat semalam...

Asalnya rasa nak makan spagetti tp prego xdak..ada cili giling jer...

So try la tumis cili giling tu dalam kuali..

Kacau2 atas api slow, nmpk mcm xpekat lak kuahnya..

Nak letak tepung jagung..xde stock plak kt umah..

Ada serbuk sup cendawan jerr...

So campakkan je serbuk vono sup cendawan tu dalam kuali..

Add on chicken meatball yg dah direbus & tomato kecil2

Nyummy jgk hasilnya..taraa....!!



Ok finalize resepi :


Untuk spagetti & chicken meatball:

1. Rebuskan sekali dua2 tu..
2. utk spagetti - ikut arahan pada paket



Bahan2 spicy sauce utk spagetti:

1. Chicken Meatball (sebanyak yg mahu..)
2. Tomato (kecil or besar xkisah)
3. Cili giling (paket kecil)
4. Serbuk Mushroon Soup Vono (1 paket)
5. Air rebusan spagetti (2-3 cawan)
6. 1 ulas bwg putih & 1 ulas bwg merah (optional jer sbb cili giling tu dh lengkap)
7. 2 sudu minyak jagung



Cara :

1. Tumis bwn putih & bwg merah guna minyak jagung
2. Masukkan cili giling & air
3. Masukkan serbuk Mushroom Soup
4. Masukkan Chicken Meatbal yg telah direbus..
5. Biar smpai mendidih - adjust kepekatan dgn air rebusan td
6. Tutup api & masukkan tomato & kacau2



Cadangan hidangan :

**Letak spagetti dalam pinggan & koyakkan slice cheese & susun atas spagetti sebelum tuangkan sos yg tengah panas.. cheese akan melt & bertambah sedap uoolsss..

Selamat mencuba!!



Sunday, 12 October 2014

Kek Coklat Kukus Simple & Lembut

Stelah try test resepi2 kek coklat kukus, ini ialah yang paling simple & menghasilkan kek coklat yg lembut dan sedap..hehe..try tgk xcaya ..


Bahan2

1. Tepung gandum (1 cwn)
2. Minyak jagung (1 cwn)
3. Susu pekat (1 cwn)
4. Gula (1 cwn)
5. Baking powder ( 1 sudu besar )
6. Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
7. Telur (2 biji)
8. Air (1 cwn)
9. Serbuk coklat ( 1 cwn ) - kalau nk kasi rasa coklat lebih, bleh buh byk skit..

* 1 cwn = saya pakai cawan yang ada sukatan (100 ml)
** serbuk coklat pilihan = van houtan da best!!


Cara :
1. Masukkan air, gula, minyak, susu pekat ke dalam kuali & panaskan..guna api slow jek..sekadar nk panaskan skit2 kasi sebati..

2. Lepas smua nmpak sebati, tutup api..biar kejap

3. Pukul telur - pukul skit2 je xyah semangat sgt..haha & masuk telur dalam sebatian tadi - utk mengelakkan basuh bekas byk2..campur je dalam kuali tu & kacau2 smpai sebati

4. Lepas tu bleh la ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder - pstt..kalau xnk ayak pun ade masalah..kih3

5. Masukkan tepung ke dalam sebatian tadi - kacau btui2 xnk tepung tu berketul (sgt)..yang ni kena kacau dgn bersemangat skit nnti berketul2 plak kek tu..

6. Dah puas kacau, pegi panaskan air kukusan, pastikan air tu mendidih dulu sebelum letak kek..

7. Sementara tunggu air mendidih, prepare loyang dulu - lapik loyang dengan kertas minyak ( potong kertas minyak mengikut bentuk loyang & lapik bahagian bawah je jgn dok rajin lapik 1 loyang tu (aku pernah terbuat sbenarnya hehe..)

8. Tuang sebatian dalam loyang dengan penuh keyakinan - oo ya..akan nmpk sebatian tu berbuih2 skit..jgn risau sebab td kan sebatian kita tu suam2 lagi masa masukkan tepung & baking powder & soda td - so akan ada buih skit la.. CO2 terhasil..

9. Tutup loyang dengan aluminium foil ketat2 - supaya kek rata (dulu aku xtutup kek jadi kedut2 cm ape tah.huhu)

10. Selesai sediakan sebatian dalam loyang td, ngam2 air dh mendidih - so letak je loyang atas kukusan & tutup kukusan td..

11. Set masa - 1 jam 10 minit 

12. Dah cukup timing, bleh tutup api - keluarkan loyang dari kukusan tapi jgn buka aluminium foil dulu - biar kejap dlm 10 minit baru buka...

13. Kalau kek tu menjadi, biar kejap sampai suam2 dah boleh ketuk keluar dari loyang dengan mudah..yeah!! otherwise bleh la nk letak peti sejuk dulu ke pe ke..bru terbalikkan pun ikut suka la..


14. Untuk sos coklat - just panaskan sedikit serbuk coklat, 1 sudu susu cair, 1 sudu minyak jagung, & air dalam 2 sudu (air adjust je ikut kepekatan masing2..bleh tgk sndiri yg ni )

Tara..dah siap!!!!



 Minum petang dengan CInch Tea MIx ni mmg The Best!!



WhatsApp 012-4289835